Nuffnang - klik a'd > a'd klik blik tabung anda

Mai Mai Follow

19 December, 2009

ORPHAN

Dvd : ORPHAN

Genre : Ganas (18thn keatas)


Trauma yang teruk dialami kerana kehilangan bayi ke-3 yang dikandungi. (mati dalam kandungan) membuatkan Kate merasa runsing. Akhirnya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat bagi mengisi kekosongan hidup dan menjadi peneman untuk dua lagi anaknya.


Kate dan John mengambil seorang kanak2 perempuan yang bernama Easther setelah melihat kematangan Easther dalam percakapan serta tertalik dengan lukisan2 yang dihasilkan olehnya yang menarik untuk kanak2 berusia 9 tahun.Kate dan John mempunya seorang anak lelaki dan perempuan. Pada mulanya segalanya berjalan dengan lancar.


Namun satu demi satu kemalangan berlaku dan semuanya cuba menuding jari kepada Kate.

Kate mengetahui bahawa Easther berniat jahat untuk membunuh anak2nya serta menggoda suaminya setelah mendapat tahu asal usul Easther. Dia cuba untuk menyelamatkan keluarganya dari dibunuh oleh Easther.


Easther adalah pesakit jiwa yang mana dia terperangkap didalam tubuh kanak2 berusia 9 tahun. Dia pernah terlibat dengan satu kemalangan yang ngeri yang mana dia menbunuh seluruh keluarga angkat setelah dia tidak berjaya mengorat bapa angkatnya.


Akhirnya Easther terbunuh dan Kate berjaya menyelamatkan ahli keluarganya.

No comments: