Nuffnang - klik a'd > a'd klik blik tabung anda

Mai Mai Follow

22 December, 2009

Bila berlaku kemalangan

Perkara-perkara yang anda harus lakukan apabila berlaku kemalangan
( tidak kira samada anda yang melanggar atau di langgar )


1. berhenti di kawasan yang ada kenderaan lalu (elakkan di kawasan sunyi)

jika : berlakunya kemalangan di kawasan yang sunyi. Catat no plate kereta, kalau boleh amik gambar (kalau hp anda ada kamera). Dan terus menuju ke balai yang berdekatan (ditakuti ada unsur2 jenayah)



2. bertukar no.lesen & telefon & no.plate (sesama pemandu)

pastikan : anda bertukar maklumat untuk memudahkan proses report supaya jika pemandu yang lain tidak membuat report maka anda telah mempunyai cukup maklumat.



3. terus menuju ke balai polis yang berdekatan untuk report (dalam 24jam)

kadangkala : apabila sampai dibalai polis yang berdekatan pengawai yang bertugas akan menyatakan samada kawasan kemalangan termasuk dalam lingkungan kawasan balai berkenaan atau tidak. Jika tidak sekali pun anda masih boleh terus membuat report namun kemudian harus ke balai polis yang dimaksudkan.



4. hantar kenderaan ke bengkel
(minta anggaran hari kereta dibaiki untuk memudahkan anda mencari inisiatif lain untuk bergerak)


selalunya : akan ada wakil2 bengkel yang memang selalu berurusan dengan balai berkenan. Mereka akan datang dan menawarkan perkhidmatan. Terpulang kepada anda untuk membaiki kenderaan di bengkel mereka atau tidak. Jika anda mahu mebaiki di bengkel lain pastikan bengkel kenderaan boleh (claim insuran) kerana bukan semua bengkel kenderaan ada perkhidmatan ini.


p/s : berhati-hati di jalan raya.


No comments: