




















happy and joys lot's of memories...
love u guys.. muach..
de new me,
adzani adnan @ a'd
Nama penuhku Adzani Bt Md.Adnan @ Ngatnan. Rakan memanggil ak dengan nama singkatan a’d @ d. Lahir pada tanggal 10 hb mac 1985 pada pagi hari. Anak kedua dari 3 adik beradik. Seorang kakak dan seorang adik lelaki..
Papa > policeman…sudah bersara manakala mama>house@tailor
Kami sekeluarga tinggal di berek polis, subang airport menjadi tempat pembesaranku bersama rakan2 yg lain. Dari kecil lagi ak mmg agak selesa bermain & berkawan dgn kawan lelaki+yg dewasa, gurls pun ada la. Namun masih ada lagi rakan2 yang masih saya hubungi dari masa ke semasa. Tidak kira la melalui medium sms / ym/ fb. (sheck, saida, e’ah , pejal dll)
Antara games yg biasa kami lakukan :
1 > rounders
2 > galah panjang
3 > baling selipar (yg kena baling selipar pastu lari then org lain kena susun blik mcm pyramid shape tu)
ada juga main mainan perempuan :
1 > masak-masak
2 > batu seremban
3 > congkak
4 > kawin2.. ahaks…
di belakang rumah saya dulu , papa ada mendirikan pondok untuk bermain2…
Dulu subang airport (terminal 1) pun menjadi tempat permainan kami sebab dekat dengan rumah. Kadang2 org ramai akan memandang kami dengan penuh kepelikan. Kanak2 beramai2 tanpa ada pantau org tua. Di sini jugalah kalau kami nk menikmati makanan fast food seperti kfc yang terdekat. Dan kadang2 kala membeli
sepanjang duduk di berek kami sekeluarga pernah berniaga goring pisang & brg2 basah seperti ikan dan sayur.
(untuk menambah pendapatan keluarga )
apa yang menarik semasa kenduri kami seluruh penduduk kawasan akan bermesyuarat dan mengagihkan tugas. Kepada ketua tukang masak, ketua buat air, ketua penanggah dan sebagainya. Perkara yang saya cukup yakin pada kini memang susah hendak di jumpai lagi iaitu bergotong-royong.
Kemudian bersekolah tadika di sekolah tadika Iqra (islamik) kt kg sbg
Sekolah rendah pula kebanyakan anak2 bersekolah di sri kelana / kelana sekolah menengah pula seaport / kelana jaya. Namun di sebabkn terlalu ramai dan hanya ada satu sahaja pengangkutan bas (uncle) maka terpaksa 2 trip di lakukan. Jadi bagi yang untuk 1st trip terpaksa lah bangun di dinihari (sejuk giler beb.. =p)
Pengangkutan awam memang susah terpaksa berjalan keluar dan menunggu bas yg hanya sejam sekali sahaja ada. Dan terpaksa pula berjalan kaki jika pulang. Namun semua ini menjadi kenangan manis .. dan ak telah menjadi seorang PEREKA HIASAN DALAMAN dengan kepayahan hidup dulu.. amin..
Dvd : ORPHAN
Genre : Ganas (18thn keatas)
Trauma yang teruk dialami kerana kehilangan bayi ke-3 yang dikandungi. (mati dalam kandungan) membuatkan Kate merasa runsing. Akhirnya membuat keputusan untuk mengambil anak angkat bagi mengisi kekosongan hidup dan menjadi peneman untuk dua lagi anaknya.
Kate dan John mengambil seorang kanak2 perempuan yang bernama Easther setelah melihat kematangan Easther dalam percakapan serta tertalik dengan lukisan2 yang dihasilkan olehnya yang menarik untuk kanak2 berusia 9 tahun.Kate dan John mempunya seorang anak lelaki dan perempuan. Pada mulanya segalanya berjalan dengan lancar.
Namun satu demi satu kemalangan berlaku dan semuanya
Kate mengetahui bahawa Easther berniat jahat untuk membunuh anak2nya serta menggoda suaminya setelah mendapat tahu asal usul Easther. Dia
Easther adalah pesakit jiwa yang mana dia terperangkap didalam tubuh kanak2 berusia 9 tahun. Dia pernah terlibat dengan satu kemalangan yang ngeri yang mana dia menbunuh seluruh keluarga angkat setelah dia tidak berjaya mengorat bapa angkatnya.
Akhirnya Easther terbunuh dan Kate berjaya menyelamatkan ahli keluarganya.