Nuffnang - klik a'd > a'd klik blik tabung anda

Mai Mai Follow

31 March, 2009

FARISH 2thn

FARISH turns 2years old.... lalalalalala....
tahun ni bertambah lagi umur farish (ANAK BUAH) hmmm.. bertambah umur die bertambah juga umur ak.. adeh...;p
farish lahir same month wif me tapi date n year je berlainan 25th March 2007.
my famili bikin mkn2 and calling all our SUBANG NEIGHBOURHOOD dulu..
zmn-zmn duduk berek.. huhuhuh.. ptg2 mesti ada minum ptg smbil gosip2.. haha

acara berjalan dgn lancar walaupun hujan turun dgn lebatnya. tapi masa tu ramai pula customer ayah ak yg dtg tuk mkn.. huhuhu.. tapi tetap HAVOC.. acara di sambut dgn sorang lagi anak jiran yg lahir pada hari yang sama.. cuma AISHAH berumur 5thn...

okey.. tiup lilin..pandaaaaii....
farish skang dh pandai panggil
ATOK, ASIK (sebutan sebenarnya ACHIK), AMMA ( ammar), MAMA ( tok mama ), IBU n ABAH, OPAH .. dll...
dh pandai mengajuk gaya org marah....
plg xbole blah .. ada hati nk menari BREAK DANCE.. adeh...
walau papa pun.. happening... chiyow.....

30 March, 2009

RIBENA mengandugi ARAK???

if this is true PIHAK2 YG BERWAJIB kena ambil tindakan yang sewajarnya... sebelum terlewat..

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.


Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.

Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan.

'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

29 March, 2009

Last sUnday mkn2

ahad lepas just hang out with my frenz YANA n having a DINNER ( dinner ?? hmm i think so)
at TGI FRIDAYS de curve... very..very... berpuas hati la.. enviromnent yg GOOD food yg ENAK itu pun ada hati nak tmabah dessert.. wakaka.. pass mkn masing2 dh xlarat nak jln sbb kekenyangan... hahahhaha.....

23 March, 2009

SHORT WORD is BAD.....

Baru-baru ini AD ada mendengar satu rancangan pagi di salah sebuah stesen radio yang popular di Malaysia ini. Membicarakan topik penggunaan bahasa singkat / bahasa rojak yang semakin berleluasa. Pelbagai pihak memberi pandangan masing-masing.

Pemanggil 1) kadangkala salah faham dengan maksud sms yang dihantar. Sms tidak sama dengan cara percakapan. Ia tanpa nada. Mungkin penghantar sms bermaksud lain tetapi di salah ertikan oleh penerimanya.

Pemanggil 2) seorang pensyarah yang menolak markah kerana kebanyakan pelajarnya menggunakan bahasa yang rojak.

Sebenarnya bahasa rojak ini memang di pengaruhi oleh persekitaran. Tidak mustahil pada suatu hari nanti anak-anak kita akan menggunakan bahasa yang berlainan dari kita dan bahasa kita pula akan dikatakan bahasa KUNO.

Pengaruh dari media masa juga kadangkala mempengaruhi penggunaan bahasa rojak ini. Contohnya.

a) Iklan C_ _ _ C_ _ _ > camni lah.. ( kata mama ku sekali dengar macam JAMILAH.. hahahahahha betul juga)

b) Iklan B_ _ _ _ _ _ _ _ _ > redah je ..


c) Iklan Tv_ > jom heboh….

Semua pihak harus mengambil langkah bersama untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Kerana ia melibatkan semua peringkat lapisan masyarakat.

AD sendiri sebagai remaja. Senang untuk menggunakan bahasa rojak di dalam percakapan seharian dan juga sms. Bahasa inggeris dan bahasa melayu sering digunakan dalam satu ayat dalam perbualan atau sms kerana mungkin sudah terbiasa.

Ayat kami – Apa PLAN lpk2 mlm ni? Any ideas??
Ayat sepatutnya – ada apa-apa rancangan berjumpa malam ini? Sebarang cadangan?

Ayat kami - Sowi la lately nih bz.
Ayat sepatutnya – minta maaf sejak akhir-akhir ini sedikit sibuk.

Lihat lah perbezaan perkataan yang digunakan. Dan juga jumlah abjad yang telah di kurangkan. Mungkin bagi sesetengah remaja ayat-ayat mereka lebih pendek dari yang di nyatakan di atas.

Contoh-contoh singkatan perkataan yang AD sering gunakan…

APA KHABAR – wazap / wat up?
ON THE WAY – otw
KENAPA – y? / npe
SURUH – suh
BALIK – blik
SEKARANG – skang
PERGI – p ( pengaruh loghat kedah )
DENGAN – ngan

Apa pandangan pembaca-pembaca blog AD..hmmm….

p/s : susah juga hendak menaip dengan ayat yang betul dan penuh. Kerana sudah terbiasa menaip dengan singkatan… :p

19 March, 2009

wat?? in my handBIGbag...

pernah tak anda semua ambil tahu yang di dalam beg seorang gadis/ibu/wanita?
terutamanya yang bekerjaya..:)
tentu kaum lelaki berasa pelik kenapa mereka ini perlu membimbit beg tangan atau nama glamournya "handbag"..tetapi zaman sekarang kaum lelaki turut gemar membawa beg iaitu >sling beg.. (am i right???..lalalala...)
ada handbag yang kecil/besar dan berwarna-warni..
bagi kebanyakan anak remaja termasuk AD memang gemar mengayakan pelbagai jenis handbag atau yang jenis lebih besar. senang untuk dibawa dan boleh memuatkan pelbagai barang.

mari jeguk ke dalam handBIGbag AD.. huhuhuhu...
ini salah satu bag favor sebab boleh memuatkan pelbagai barang.....


1. purse kecil AVON > fre gift beli brg apa ntah...ISINYA.barang mekap seperti lip gloss..eye shadow.. compact powder..
2. organizer maybank> fadzli bagi coz ayah die buat event maybank.. ISINYA..menyimpan pelbagai nota kerja dan catitan2..
3. cd holder > rasanya papa punya tukar dgn AD nyer sbb CD byk sgt .. ISINYA..pelbagai software dan yg paling penting cd 3d max library
4. hudson> in case kalau batuk
5. kunci > kunci rumah ...office... (key chain hadiah dr sarah xingat tahun berapa..;p)
6. pita pengukur > kalau tidak ada benda ni jawabnya kena BOOM la nak ukur site...
7. botol air > stok skyjuice
8. beg kecik > survenior dari AUSTRALIA from cik tim.. ISINYA.. diperlukan setiap bulan bagi perempuan..lalalalal
9. purse > ini penting mau letak ongkosnya
10. tisu > erk!!!

menarik x? macam2 ada... hehehehhe..
tp lain orang lain isi nya..
kepelbagaian bergantung pada jenis kerja dan juga jenis status nya..

contoh:
.: STUDENT... penuh dgn kertas2 kerja... nota.. pencil box...
kalau yang belajar ART. set sq..t-sq...drawing A3... maker pen.. a lots.....!!!

.: IBU .... botol susu... tuala kecil...
rasanya kakak ku pampers pun die nak sumbat masuk dalam handbag.. hehehhe..

bercakap pasal handbag.. memang menarik..
ada jugak yg menjadi collector sanggup berhabis beribu2 ringgit..
maybe ramai yang nak share apa dalam handbag diorang.. sila..sila.. drop ur komen.. ADios~


kata-kata ad : ukur baju pada badan sendiri. sebab yang nak pakai and bayar itu diri sendiri. tapi kalau orang lain yang belanja itu lain cerita... hahahhaha... muah... OUT...

18 March, 2009

Rahsia Jari Jemari

Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari?

Ikutilah tulisan berikut:

Memicit atau memegang hidung-
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
orang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.


Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri.
Pentingkan diri sendiri.
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.


Bermain dengan tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi.
Pandai berjenaka.
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
Jenis 'open minded'.


Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.
Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara.
Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.


Memintal hujung rambut
Suka berkhayal.
Sukar diperdayakan.
Keras kepala.


Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
Suka mendengar masalah teman-teman.
Setia dalam persahabatan.


Suka letakkan tangan atas meja
'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
Peramah.
Suka bergantung pada orang lain.


Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang.
Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.


Memutar cincin
Sangat menepati janji.
Berhati-hati dlm tutur kata.
Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :)

11 March, 2009

it's my birthday :P

bulan mac memang di nanti-nantikan
thank you to all my friend yang sudi menghabiskan sedikit waktu+duit untuk menghantar sms2 amat2 dihargai..
dan membuat ak terharu bangat..
hahhahaha

Saida> happy birthday to U!!! Smg pjg umur murah REZEKI.AMINYARABBALALLAMIN.. hehehehe

Ayie >
Selamat hari lahir
Selamat hari lahir
Selamat hari lahir to a’d
Selamat hari tua... 24thn yey!
Semoga panjang umur & d murahkan rezli sampai akhir hayat.. 

Usop>
Happy birthday Ad welcome to the club.. Haha..
Semoga thn ni lbh bermakna dr thn2 yg lps. Wish u a success in everything u do n enjoy life. Jgn lupa say thank to Allah s.w.t coz bg a wonderfull 24 years of life

Cik Tim>
Dear a’d. May Allah swt bless u with great helath happiness, wealth & a very long life. Have a great day n happy b’thday  salam ct

Ena >
Elo my frenz... Just drop by 2 wish u “ Happy bufday!” May Allah bless u alwiz have a successful n wonderful like k 

Mimi>
Mokcik, epi bday nah. Semoga dimurahkan rejeki n dipnjgkn umur. Moga2 ko kawen thn ni. Ahaks

Yana>
Happy Birthday a’d ngok ngek, Wish u a happy life and success future, Allah blessed u, insyalla

Zura >
Happy birthday my dear frenz! Hope u will




a few days before my birthday my office buat makan2 untuk mereka2 yang lahir bulan 1,2,3.. this is my present... cute kn.. me also cute.. hahah..
wearing baju kurung.. hehehhe...

macam2 jadi untuk bulan ni..
aku berjaya hand over projek.. and duduk di office..
terasa aman nya dunia.. hand phone tidak berbunyi..
hahhahaha

ak tengah gila lagu nie..
lagu nie mmg dah lama ntah nape tetiba syiok plak..
hahahah

Setengah Hati
Artis: ADA BAND
Album: Heaven of Love

Tertegun ku memandangmu
Saat kau tinggalkanku .. menangis
Bodohnya ku mangharapmu
Jelas sudah tak kau pedulikan cintaku

Mestinya telah kusadari
Betapa perih cinta tanpa balasmu
Harusnya tak ku paksakan
Bila akhirnya kan melukaiku

Reff :
Mungkin ku tak akan bisa jadikan dirimu kekasih
Yang seutuhnya mencintaiku
Namun kurelakan diri
Jika hanya setengah hati
Kau sejukkan jiwa ini

Ku hanya terus berharap
Satu hari kau mampu .. sadari
Tiada yang pernah mengerti
Sepertiku setulus hati mencintaimu

10 March, 2009

haneem@honey private wed's

Asssalamualaikum..you are cordially invited to my small private wedding ceremony on the 9th march at no.11, jln ss 3/38, the ceremony will begin at 11am and its by invitation only. for more info please contact me at --------- thank you, haneem@honey

aku dapat mesej walaupun berita ini memang telad diwar-warkan sejak awal lagi. cuma mereka-mereka yang rapat atau kebetulan berada di temapt itu mengetahui berita ini lebih awal. pada mula memang terkejut bukan kepalang. haneem@honey memang jarang sekali kami dengar berita dia berpasangan 'couple' ..tup..tup.. mahu terus bernikah. sama seperti berita amilia yang berkahwin cuma aku mengetahuinya lebih awal kerana amilia meminta aku alamat dan no.telefon rakan-rakan yang lain...

acara 9hb mac 2009 bermula dengan majlis bertunang,



kemudian di ikuti dengan majlis akad nikah. dengan di susuli sedikit acara makan-makan.. hmmm... yang hadir cuma rakan-rakan rapat dan jiran tetangga serta saudara mara yang terdekat.

alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

semoga haneem@honey berbahagia...
hope u like my suevenior..ye..hehehehehehe...muah...



kata-kata a'd : gambar-gambar yang lain.. telah di upload ke dalam myspace.. terlalu private untuk dikongsi di sini.. amma... OUT

02 March, 2009

BufDay Usop

22hb february 2009
tarikh keramat.. hahahaha..
kitoarg rmai g tgk movie UPIN N IPN then celeb8 bufday usop..
mkn2 sdn bhd di secret recipe...
kek di taja oleh cik eda.. huhuhuh
acara berjalan dgn lancar kerna sume org menepati masa



as usual la.. acara bergmbr
mmg wajib... bufday usop first bufday yg kitorg smbut
dek kerna org2 yg lahir pada bulan januari menghilangkn diri..
hopefully everything was okey with them..

movie 5 - 2009 geng2 pengembaraan UPIN IPiN

happy betul dapat tgk cerita nie
mmg sesuai untuk hiburan famili or manusia2 yg tension bekerja




kredit to animator malaysia yg dh berjaya membuat hati ini terusik untuk terus menyokong filem2 anak melayu. selama ini jarang menonton filem hanya filem2 yasmin ahmad jadi kegemaran.. tq..

so pupil do support the animation film.. u yeah.. hahahah

tonton bersama2 SARA, ARY, SYAM, EDA, USOP