> di waktu pagi hari <Percutian pertama untuk tahun ini sedikit tidak teratur. Mana taknya orang2 yang mengaturkannya kedua-duanya sibuk kerana mengejar kontraktor2 yang mula bercuti awal kerana cuti tahun baru cina. Perjalanan 2 kereta VIOS milik en.jasry (dihuni oleh ayie+hanem+a’d+kak dija+bf) dan KANCIL milik cik.shakila (dipenuhi sheck+faiz +roziah+yan). bermula pada pukul 9.30pagi dan kami berhenti berehat TAPAH RnR.
> di waktu tengahari < Tempat pertama yang ingin dikunjungi adalah GUA TEMPURUNG sampai tepat pada pukul 12.15tengahari aku berkejaran untuk mengejar waktu bagi WET punya section. Tapi malangnya kerana hujan mereka tidak membenarkan sebarang aktivit WET dijalankan sedikit hampa. Tapi kami mengambil stage kedua dan pabila pulang kami mengorat abang tour guide untuk melalui jalan air. Akhirnya walaupun cuma basah2 manja saja kami tetap gembira.. hahahahah…
> di waktu petang < Kemudian kami check in TROLAK COUNTRY RESORT… kemas2 kemudian keluar untuk mencari makan. Tidak banyak kedai yang boleh di tinjau kerana mungkin kawasan disitu hanya pesan kecil jadi kami mengambil keputusan untuk makan disatu2 kedai yang kami rasa menarik.. huh… tapi tanpa disangka2 pelbagai ragam yang berlaku di gerai. Dengan keadaan waitress yang sedikit kelibut mengambil order makanan yang sampai tidak seperti imaginasi kami dan juga air yang di order diseperti jangkaan.. bayangkan aku order MILO yang dating VICO.. hahaha… Harga turut dinaikkan 50sen dengan alasan harga di papan tanda harga harga lama, suka-suki saja makcik nie….
Balik dari makan kami melencong ke taman lebih kurang macam kawasan untuk team building la.. (sila rujuk gambar) masing2 sibuk untuk mencuba/berlagak/macam handal halangan2 yang ada disitu..nasib baik tiada yang cedera. Ada sekumpulan kanak2 yang sedang seronok menangguk udang2 kecil. Menurut kata mereka untuk disembelih.. huhuuh.. yang menariknya kak dija sempat mengorat anak dara orang untuk datang makan malam di rumahnya.. namun mission tidak berjaya.. heheheh..
> di waktu malam < Makan malam hanya di kafe yang berdekatan namun di hujani dengan suara2 sumbang yang menyanyi karaoke. Sebelum itu seperti selalu sementara menanti giliran untuk mandi UNO tetap menjadi pujaan hati kami.. ceeewaahh… masing2 belayar ke bahtera sambil menonton cerita cina….zzzzzz.......
25hb januari 2009
> di waktu pagi hari < Esok paginya kami menikmati sarapan pagi di kafe tempat tidur. Menyelinap masuk tiket untuk 2orang tapi kami semua berjaya makan dengan selamba kodoknya. Hahaha..
> di waktu tengahari < Bersiap-siap untuk ke sg.klah hot spring rm10.00 untuk dewasa. Keadaan agak ramai mungkin kerana cuti yang panjang namun kami berjaya mencari satu port untuk bermandi manda di kawasan air biasa. Selepas semua sudah membasahkan badan kami ke kawasan kolam air panas kami hanya memasukkan kaki itu pun dibahagian 40-43 darjah celcius. Ada 2-3 kolam yang berlainan darjah celcius dan ada juga kawasan untuk merebus telur…
> di waktu petang hari < Kami pulang ke TROLAK dan bersiap-siap untuk pulang ke KUALA LUMPUR, kerana tempat-tempat yang menarik agak jauh dari kawasan kami tinggal. Kami berhenti sebentar di SG.BULOH RnR. Dan kami membuat keputusan untuk makan besar di de curve kerana duit balance masih banyak. Sampai di de curve kami pusing-pusing untuk meninjau kedai2 makan yang menarik
No comments:
Post a Comment